click this to be awesome person

Friday, 30 December 2016

Quality Time With Lovely Law Family

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama rasanya tak balik bercuti ke kampung halaman belah mertua. Memang rindu serindu-rindunya. Iza memang jiwa kampung. Suka kedamaian, ketenangan, kedinginan. Tak suka pada huru hara, kucar-kacir semua ni. Sebab tu kalau ada kat tempat-tempat yang sesak ke, dalam konflik ketegangan ke apa memang akan cepat sakit kepala terus rasa depress. Honestly cakap kalau diberi peluang pindah duduk kampung Iza sanggup. Tapi macam-macam komitmen sedia ada sekarang ni kena fikir secara relevan lah. Syukurlah keluarga mertua ada tanah kampung, sebab Iza majoriti banyak dibesarkan di sekitar bandar lah lebih kurang. Memang dari sekolah hadap segala sesak hiruk pikuk kota ni. Last week balik Perak sebab ada wedding cousin belah suami. So hari Jumaat lagi dah gerak ke Ipoh, singgah jap umah MIL tapi MIL dan Adeq dah gerak Taiping rumah makcik sebab kenduri area sana. Iza dan Ina gerak keesokkan harinya sebab tunggu suami Ina sampai dari KLIA.


My yayang lepas sampai Ipoh mandi-mandi semua terus gerak ke Taiping rumah kenduri untuk tolong-tolong apa yang patut. Iza prefer gerak esok pagi jela dengan adik ipar n biras. Lagi pun MD tidur kesian pulak nak kejut jalan jauh tak selesa badan dia nanti. Pagi tu dalam jam 10 pagi kite orang gerak ke Taiping. Siap-siap pakai baju kenduri terus, nampak sangat nak jadi tetamu je. Maafkan lah kami ya wahai keluarga pengantin. Jalan jammed teruk sampai sakit-sakit badan dah jadinya. MD ni perangai terbaru suka amek gambar buat mimik muka tah pape. Berapa kali snap semua muka yang tak berapa nak siap. Bertabah aje lah hati ibu.


Suruh ibu buat-buat tidur pejam mata. Kalau tak selagi tu bising menjerit suruh turuti kemahuan dia. Okey lah, ibu pejam mata. Ingat dia ikut sekali tapi rupanya buat muka sememeh dia. Alahai anak.


Pastu tak reti duduk diam dalam kereta. Sibuk kacau Pak Ngah tengah drive. Kejap ke depan kejap ke belakang. Mujur lah Ummi dengan Pak Ngah tu rajin nak layan kamu. Sebab rajin layan kamu banyak sangat mulut dan akal. Ada je pertanyaan kamu. Ibu pun kadang surrender nak layan conversation kamu sayang. Umur 2 tahun 10 bulan tapi mulut macam budak dah sekolah dah. Kamu ni banyak imitate perangai ibu tapi over sikit sometimes. T_T


Sebelum ke rumah kenduri singgah umah makcik di Pokok Assam. MIL dan Acu ada kat sana tengah bersiap. Dapat lah jumpa baby Ayra ni. Alahai. So cute and adorable. MD pun terus jadi sayang dan tak pasal-pasal minta baby kat ibu. Awak ingat baby tu boleh beli kat shopping mall ke sayang? Parah ibu nak jawab bila awak tanya mana baby awak. Uhuk, sabar ye. Ibu tahu kamu bosan tak ada kawan dekat rumah kan? Tu bila jumpa baby awak rasa terus nak bawak balik. Dah la nama Ayra tu favorite name ibu untuk anak perempuan nanti. Hehehe. Xpela, nanti kita letak jugak nama baby awak Ayra ye tapi belakang nama Darwisyah macam nama blog ibu. Sempena nama anak-anak ibu Darwisy dan Darwisyah. Mudah-mudahan Allah perkenankan. Amin.


Request nak pegang baby dengan tangan sendiri. And ibu agak terkejut awak sangat teliti dan minta izin dari ibu. Ibu nampak karakter awak ni jiwa lembut. Sensitif dan peka pada sekeliling awak. Tapi jangan emosi sangat ye sayang. Awak lelaki, kena kuat kena selalu tabah tau. Ibu tahu awak boleh jadi abang yang baik dan pemimpin yang baik juga. Ibu selalu doakan untuk anak ibu.


Okey jom kite bergambar dengan baby Ayra Maisara yang baru umur sebulan ni. Nanti esok-esok kita datang tengok baby Ayra dah besar dah lain muka pulak. Baby kan muka kerap berubah. MIL siap je terus kite orang gerak ke rumah pengantin. Tak jauh mana pun dalam 10 minit sampai. Sampai-sampai terus makan sebab pagi breakfast roti dengan air milo kotak je sepanjang perjalanan.


Selesai makan terus menuju ke pelamin nak posing ambil gambar. Minta maaf awal-awal kat penganti sebab dah rasmi pelamin dulu. Pengantin on-the-way berarak masa tu. Okey, dua beranak tak ready tapi Ummi dah snap.


Aniq, Darwisy, Ibu Long and Ummi. Payah tau adik ipar putih melepak dari kakak ipar. Hahahaha. Perbezaan tona kulit di situ. 


Selamat pengantin baru buat Mira dan Faiz. Tu dia dapat anak mami Penang mari, hidung mancung terletak. Huhu. Barakallah buat pengantin, kami doakan moga mahligai yang dibina kekal aman bahagia, sejahtera selalu dan diberkati Allah hendaknya. Lawa baju pengantin, make up pun cantik je tak over sangat. 


Ini je yang sempat bergambar dengan pengantin. Yang lain-lain dah ke mana hala perginya. Nak-nak orang lelaki memang tak berminat nak bergambar dengan pengantin lagi-lagi kat pelamin. So selalu kaum hawa dengan anak-anak jela. Jadi lah untuk kenang-kenangan kan.


Baby Ayra baik je masa kenduri. Ibu Long tolong jaga sementara Acu pergi makan dan bergambar. Dah hampir tiga tahun tak pegang baby, nak kata kekok tak jugak. Tapi selalu buat MD macam baby. Hahaha. Masa umur-umur macam ni pegang sebelah tangan pun tak de hal kan? Tunggu esok dan 4 bulan ke atas dah mula bambam semua.


Ibu Long and family tak ada nak bagi apa kat Ayra, hadiahkan mini travel mat dengan bolster jelah dari #kainbayi. Memang dari zaman MD dulu rajin order ngan Kak Wati (owner kain bayi) ni sebab jahitan kemas, corak pun cantik-cantik, harga setakat ni alhamdulillah mampu milik. Kalau korang nak cari hadiah ke atau barangan yang material kain untuk baby or toddler boleh ke Instagram Kain Bayi. Macam-macam ada.
  

Selepas kenduri kiteorang balik rumah makcik kat Pokok Assam balik, malam tu datang balik sebab ada acara sesi potong kek, buka hadiah dan makan-makan sikit. Belah mertua memang dah jadi satu kebiasaan sejak dari Iza kahwin dulu. Memang bila siang dah kenduri besar, malam tu penganti akan diraikan sekali lagi duduk depan pelamin disaksikan ahli keluarga juga saudara mara terdekat sambil potong kek dan juga buka hadiah-hadiah pemberian tetamu semua. Kalau banyak sangat hadiah selalu pilih dari saudara mara je dulu then sebelum buka hadiah wajib baca ucapan pada kad tersebut. Pastu kalau dapat blender ke pinggan mangkuk ke mula pengantin kena sakat macam-macam. Dah merasainya, memang meriah dan dapat eratkan silaturahim sesama ahli keluarga. Dari situ pengantin yang baru masuk dalam sesebuah keluarga tu dapat kenal yang mana satu pakcik makcik sepupu dan lain-lain. 


Okey memang jadi kebiasaan juga sebelah keluarga arwah abah memang kaki karaoke. So masing-masing sakan memilih lagu masing-masing. Ramai tunggu turn masing-masing. Mana yang sedap halwa telinga mendengar kita layan, mana yang kurang tu kita buat-buat tak dengar je lah. Huhu. Minta ampun awal-awal.


Ummi and Ibu Long. Tu Pak Ngah and Pak Long sakan pilih lagu. Settle majlis malam tu terus minta diri balik dulu sebab esok pagi nak balik kampung MIL kat Batu Kurau. Iza memang suka sangat balik kampung Batu Kurau ni. Dah jiwa suka kan ketenangan dan kedamaian kan? Memang bila dah ada cuti panjang macam ni rugi lah kalau tak balik. Bagi MD rasa suasana kampung, biasakan dengan suasana kampung.


Esok pagi tuh bangun-bangun pagi terus terkam baby Ayra. Bestnya bau baby. Rindu. Serius rindu! Masa MD baby dulu dia tak banyak ragam. Tak menangis malam sangat. Bangun pun sebab nak menyusu, done menyusu badan tidur. Then start menyusu FM penat sikit sebab kena bancuh susu tengah-tengah malam. Sampai sekarang pukul 3-4 pagi mesti akan jaga minta ibu buatkan susu. 


Sakan dua beradik cousin ni. Saja belikan baju sama sebab suka tengok reaksi masing-masing bila nampak pakai baju sama. Mengekek gelak. Darwisy tua 10 bulan dari Aniq. Tapi Aniq dah dapat adik awal dari Darwisy. Haha. Takpelah, tu namanya rezeki dari Allah kan. Kita ni hamba sahaja. Dah berusaha, doa selebihnya serah pada Allah. Belum rezeki, mana tahu lepas-lepas operate tempoh hari ada rezeki ibu nak preggy adik Darwisy. Amin.


Tengah makan kat dapur dengan MIL dan makcik-makcik semua tiba-tiba adik ipar menjerit. Ingat kenapa, rupanya suruh tengok kat luar. Ni hah bapak budak mengajar budak mandi hujan. Lebat pulak tuh. Sabar jelah, dalam hati dok doa jangan lah anak aku demam. Hahaha. 


Sakan bukan main Pak Ngah ye jadi ketua. Dah makin seronok budak dua orang tu. Sampai tak nak masuk. Sekali dengan abah MD terjebak. Geleng kepala je Mak Tok dari dalam rumah.


Tuh apa lah aksi yang Pak Ngah nak buat sampai dua beradik tu fokus bukan main. Pak Ngah memang rajin melayan budak berdua ni. Tak pe Ibu Long doakan moga Ummi dan Pak Ngah cepat-cepat dianugerahkan baby ye. Allahumma amin. Selesai makan tengahari siap-siap semua terus gerak ke Batu Kurau. Lewat juga la sampai dalam lepas maghrib macam tu. Iza dan suami pergi settle baju-baju semua kat dobi layan diri dulu. So dari Taiping ke Batu Kurau ambil masa setengah jam juga kalau tak silap. 


Pagi-pagi bangun dengar bunyi kokokan ayam jantan. Terus pegi toilet cuci mata then keluar dari rumah. Ya Allah, sungguh Iza rindukan suasana macam ni. Tenang, aman, damai. Sejuk! Kat sini tersimpan seribu kenangan suka duka. Dari arwah abah ada sampai lah sekarang. Arwah abah banyak berhabis buat rumah kampung ni. Katanya untuk keselesaan anak-anak menantu juga cucu cicitnya bila dia dah tiada. Dan paling rasa terkesan, arwah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah ini. Saat itu arwah sedang bertukang untuk siapkan rumah ni. Masa arwah pergi tu dalam suasana hari raya. Rumah tengah renovate. Ingat lagi, Iza tanya kat arwah abah kenapa buat toilet besar sangat. Dia sekadar senyum je. Rupanya jenazah arwah nak dimandikan di situ. Allah. Sedih lagi sayu. Arwah abah pergi setahun selepas arwah ayah pergi. Memang terasa lah. Iza jenis rapat dengan arwah ayah, dalam masa yang sama menumpang kasih arwah abah mertua. Cukup utuh kasih sayang kami baik keluarga mertua dan keluarga sendiri. Arwah ayah boleh jadi kawan baik dengan arwah abah. Macam tu juga MIL boleh gelak ketawa duduk sembang dengan mak Iza. Iza doa sangat moga kekal silaturahim ni sampai syurga. 


Nak merasa suasana macam ni masa raya je lah. Memang akan berderet kereta 4 biji. Kereta arwah abah, kereta adik beradik suami dan kereta kami. Saat ni tiada apa yang dapat dijual beli bila mana hati MIL bahagia tengok anak menantu cucu berkumpul sekali sekala. Walau penat meniti usia tua masih berkorban untuk anak menantu cucu semua. Dalam keluarga ni Iza belajar erti tidak berkira tak kira dari segi duit, tenaga dan masa. Yelah kalau dah menantu perempuan sorang dan yang paling sulung memang banyak erti yang korang belajar.


Dah jadi kebiasaan kalau balik kampung memang MIL suka ke kebun dan bersihkan sekitar rumah kampung. Yelah sekali sekala balik kampung kan rumah pun tak bersih macam kita duduk hari-hari. So tugas Ibu Long adalah di dapur. Jadi chef. Cheq tak lah reti masak sangat tapi boleh lah. MIL selalu akan kata 
"Ibu Long sila ambil alih tugas di dapur ye, masak lah apa yang ada"

Tuh yang kadang kalau MIL balik dari kebun ke kutip pucuk-pucuk sekeliling rumah Iza jadi blur. Ni daun apa, ni pucuk apa? Kenapa tak pernah jumpa? Hahaha. Siap tanya MIL ni nak masak macam mana? Sudahnya daun salam jadi tumis air je. Sedap juga bila jadi sayur. Selalu tumis air kan sayur bayam la, peria la. Ni daun salam. Kesian.


Yang ni pucuk mengkudu. Pahit ya amat. Tapi bila jadi ulam cicah dengan sambal belacan memang layan. Pahit-pahit pun jadi sedap. Macam-macam khasiatnya. Boleh klik link ni untuk info lanjut Khasiat Daun Mengkudu


Hah yang ni jamu special buatan sendiri untuk kecantikan dalaman wanita. Elok diminum lepas period hari keenam - ketujuh. Ramuan asal serai, kunyit hidup, halia, daun pandan dan gula batu sikit. Rebus sampai mendidih dan air ngam-ngam untuk secawan gelas. Minum masa suam-suam. Memang rasa ringan badan. InsyaAllah.


Siap bersilat kat dapur masak untuk semua ahli keluarga yang ada. Semua yang simple aje. Tapi lauk-lauk macam ni lah yang bila makan ramai-ramai selera bertambah-tambah nasi panas dalam periuk nasi. Alhamdulillah.


Petang tuh dok melayani perasaan dengan MD kat tangga rumah. Sambil menikmati hujan lebat. Tiba-tiba MD meragam kata nak mandi air hujan. Adoi. Ibu rasa macam nak marah tapi x sampai hati. Sudahnya dengan ibu terjebak.


Punca semua Pak Ngah yang berjaya racun dua beradik tuh dari semalam. Sudahnya kat kampung ibu dengan ummi terjebak sekali. Memang hujan lebat selebatnya. Puas lah masing-masing mandi hujan. Mak Tok menjerit dari dalam rumah tengok gelagat kami. Pastu bunyi guruh, memang Mak Tok marah betul suruh masuk. Kang ada yang kena panah petir pulak. Minta dijauhkan.


Elok je MD dan Aniq tak demam. Ibu yang demam after a few day. Aniq pun sama. Minta-minta anak ibu tak demam lah. Risau kalau MD demam mesti berat badan turun mendadak. Dah la susah sangat nak naik badan tuh. Sama macam ibu, nak naik berat susah tapi kalau sakit demam sekejap je turun. Malam tu pekena char kuey teow dengan adik beradik in law. Bergelak ketawa bagai. Cerita itu dan ini. Syukur semua boleh masuk masing-masing. Harmoni sebuah keluarga. Esok tuh dah gerak balik Ipoh lepas Zohor. Mula rasa sayu hati nak tinggalkan kampung.



Esoknya masih bercuti di Ipoh, mula rasa dedar badan kepala berat nak demam. Tapi gagahkan jua tolong MIL dryer baju kat dobi layan diri dengan my yayang. 3 trip jugak lah dryer baju-baju. Kesian pulak MIL nanti nak tunggu kain baju kering sebab cuaca tak menentu kejap hujan kejap panas. MD ikut mujur ada play area kat dobi ni. Memang sakan lah dia main je. 


Selesai kat dobi, terus ke Astro office sebab tolong MIL tukarkan smart card cip rosak. Tapi nombor Q masa tu panjang lagi 60 orang. My yayang ajak pekena nasi ganja yang viral kat Ipoh tu. Bagi Iza biasa je, sebab Iza tak suka makanan mamak. So this is the first and the last. Orang bukan main ramai siap berebut meja, yang beratur nak amek makanan jangan cakap lah. Tak sure apa yang sedap sangat. Hahaha.


Sebelum balik ke tempat menjemput rezeki bergambar kenangan ngan MIL jap. Tak tahu nak gambar kan macam perasaan bila MIL cakap dia sayang sangat kat menantu perempuan dia yang seorang ni. Setiap pesanan mak Iza akan ingat sampai mati. Terima kasih sudi terima Iza dalam keluarga mak. Terima kasih buat Iza macam anak sendiri. Moga silaturahim kita kekal hingga ke akhir hayat. Amin. Mudah-mudahan. Balik kampung baru-baru ni Iza belajar sesuatu. Moga pengajaran itu sentiasa segar dalam ingatan Iza. Terkadang kita hidup dalam dunia ni tak boleh fikir tentang perasaan sendiri, perlu bertimbang rasa tentang perasaan orang sekeliling kita. Perlu berkorban untuk insan-insan yang kita sayang. Telan lah pahit dan kedukaan yang hanya sementara untuk kebahagiaan kekal nan abadi di syurgaNya. Moga Allah beri rahmat buat kedua-dua Mak yang Iza ada sampai syurga. Love u both Puan Zuyah & Puan Zuraidah. Benarlah kata pepatah jika tidak diberi kekayaan harta benda, dikurniakan rezeki ibu bapa mertua yang baik. Diberi nikmat kasih sayang di dalam keluarga dan bersilaturahim. Sesungguhnya nikmat TuhanMu yang mana hendak kamu dustakan?


Sedikit kata-kata bernas untuk direnung bersama:

"jika kita tidak boleh menjadi air mutlak yang sifatnya suci lagi menyucikan,
cukup lah kita menjadi air musta'mal yang bersifat suci tetapi tidak mengotorkan,
usah kita jadi seperti air mutannajis yang mana kotor lagi mengotorkan"

Allah sayang pada tiap hambaNya lalu diberi dugaan jua ujian supaya kembali kepadaNya. Dugaan dan ujian yang diberi bukan untuk hambaNya terus leka dan jauh dari pangkuanNya. Moga kita sentiasa dikurniakan waktu untuk kembali dekat padanya dan diberi pengakhiran umur yang baik (husnul khatimah)

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^









TIAMO Crossbody Bag


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kelas update entry terus dengan story handbag baru kan? Maaf lah kepada reader yang sampai personal message tanya kenapa blog tak dapat view seminggu dua ni. Sebabnya Iza bercuti di kampung dan segala media sosial memang Iza deactivate termasuk facebook. Customer text tanya pakej candy buffet pun Iza tak reply sebab memang mood bercuti. Seminggu di kampung mertua, selain kenduri cousin sambil-sambil tu tenang-tenangkan fikiran dan family time. Okey bab tu nanti Iza update kemudian ya. Ni nak update pasal handbag TIAMO yang memang tengah sale sakan hanya valid dengan pembelian atas talian sahaja ye. Sesiapa berminat boleh ke link di bawah.


Sepatutnya sampai awal lah sebab last experience beli hari Isnin order, hari Rabu dah dapat. Tapi this time mungkin sebab sale besar-besaran jadi lambat sikit lah nak sampai. Baru nak melaram handbag baru kat kenduri tapi tak dapat. Hahaha. Tu lah niat dah tak betul terus tak termakbul. Huhuhu. Astaghfirullahal'azim. Post kat IG saja bakar line geng-geng kat opis, rupanya diorang dah rasmikan my crossbody bag ni. Sakan masing-masing order terus lepas tengok depan mata terpegun kan? Harga mampu milik apa lah sangat setakat RM60-RM70. Then tahan lasak juga material nya pun. Iza prefer handbag yang boleh sling / crossbody ni sebab jenis kalau outing ngan anak kadang kena berlari mengejar anak terus je silang senang selesa aje.


Sengaja pilih warna merah tuh! Memang mengancam bak hang! Terus feeling mak datin. Hahaha. Okey, cerita banyak tak guna so kalau berkenan terus lah membeli tapi kebanyakan design yang super duper cantik dah sold-out. Harap maklum. Anyway, selamat bercuti dan selamat tahun baru 2017. Hajat hati nak sambung cuti sampai tahun baru tapi ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan hari ni maka gigih lah pergi kerja dengan hati yang tak berapa semangat. Huhu. Tapi as long as its Friday gembira je. Jom sambil-sambil buat kerja dengarkan telinga dengan bacaan surah Al-Kahfi.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

Monday, 21 November 2016

Family Bonding @ Gold Coast Morib Water Theme Park & Birthday Celebration

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


GOLD COAST MORIB WATER THEME PARK


Rasa dah lama tak update blog pasal personal life kan? Memandangkan 17/11/16 hari tu birthday mak Iza so kami adik beradik sepakat nak pergi short vacay yang berdekatan sahaja. Yelah nak pergi jauh-jauh masing-masing banyak komitmen tersendiri kan jadi untuk make it happen kami ke Gold Coast Morib Water Theme Park sahaja. Tapi kami tak stay di resort sebaliknya stay di homestay sekitar pekan Banting, dekat juga dari homestay ke Water Theme Park dalam 10-15 minit. Reason tak stay di dalam resort sebab bila pergi dengan mak Iza ni dia suka memasak dan homestay jela yang selesa untuk memasak. Kalau room apartment ni boleh juga masak cuma tak berapa cozy la unless ambil yang betul-betul ada space untuk masak dan yang penting satu unit apartment at least ada 3 bed room. Homestay yang kami stay ada 4 bed room dan harga sangat affordable RM380 untuk 3 hari 2 malam. Gambar homestay Iza tak sempat nak snap sebab Iza tiga beranak sampai homestay lewat malam. If ada yang nak booking atau berminat boleh ke link ni Yana Homestay Morib. Memang selesa dan bersih, setengah homestay kurang jaga kebersihan. Yang ni alhamdulillah puas hati. So kami 3 beranak sampai homestay dalam jam 1.30 pagi sebabnya Iza siapkan barang-barang event dan tunggu suami habis syif keje dia. Family adik beradik dan mak Iza dah sampai awal petang Jumaat tu.


Lepas sarapan pagi di homestay yang sememangnya air tangan mak lah kan, terus gerak ke Water Theme Park. Sampai tengok parking full. Sure fully occupied apartment dalam resort tu. So parking di belakang dan jalan kaki lah sikit. Yang paling tak sabar tentu lah budak-budak kan.




Yang MD ni drama sangat taknak jalan sebab nampak ada monyet-monyet liar berkeliaran sekitar parking. Ibu is malas nak layan sebab ibu pun tak cukup rest so gagahkan lah berjalan ye.


MD dan kakak Qadirah. Iza kadang-kadang pun confuse dengan si kembar ni mana kakak mana adik. Ada masa rupa lain ada masa sama. But for time being boleh recognize sebab masing-masing gigi rongak depan. Bezanya kakak rongak satu, adik rongak dua. Haha.


Request nak bergambar sorang dari Mak Lang. Layan kan aje lah. Dah big girl sangat tahun depan dah standard one.


Kakak and adik. Nur Qadirah and Nur Qadisah.


Ticket price. Kalau nak murah better korang cari thru agen dalam FB lagi murah. Yang paling kiteorang tak boleh hadam ialah wristband kanak-kanak dan orang dewasa sama je warna. Tak ada perbezaan warna langsung. So kalau beli yang kanak-kanak punya pun tak pe sebab boleh pakai tak de pun check beriya. Alahai.


Sampai-sampai yang lain tak sabar nak melompat dalam air. Yang sorang ni dok termenung. 


Menang tang posing jela MD ibu ni. Bila ajak mandi cakap "Ibu, Awisy tak nak ibu. Takut" Ceh...malu lah hero ibu ni yang lain semua heroin relax je. Sudahnya kena lah teman dia bergilir di tepi pool. Puas semua orang umpan dia cakap best la apa lah. Paksa bawak dalam pool menjerit sepanjang masa. Bingit telinga semua orang. Tapi tak boleh nak marah sangat lah, ibu pun jenis macam tu lambat panas. Orang dah lencun bagai dah nak balik baru la ada mood dan berani nak masuk dalam air. T_T


 




Yang si Qasrina ni pun sama. Mulanya menangis tak nak lama-lama dah nampak semua orang seronok baru lah nak mandi main-main air. Dia ngan MD ni sebaya. Beza 3 bulan aje.


Along's family. 


Keje dua beranak ni posing jela tepi pool. Hahaha. Nasib la.


Ibu suruh buat sign peace dia main air. 


Abah jela sakan berenang la menyelam la. Dan ibu ngan anak takut air. Takut-takut berani, kalau tak paksa boleh je. Tapi nak tunggu dengan kerelaan hati tu lambat sikit la ambil masa.


Ni part anak yang emosi bila ibu berlakon lemas.


Bonding time.


Apalah yang dok fikir tu Muhammad Darwisy?


See, mood dia baru datang. Baru berjinak-jinak nak main air walhal masa ni orang dah mula naik dari pool.


Puas abah umpan naik benda alah tuh. Dia tengok je dari jauh. Qasrina pun berani naik dia terjegat aje.





Gambar ni slack sebenarnya sebab kening Iza huru hara, MD pulak tak nak pandang kamera.


Percubaan ambil gambar 5 orang budak-budak ni memang kena cuba berkali-kali. Yang si kecik tu teruja terlebih nak main air. Jatuh sekali nasib sekejap je dan tak lemas.



Tengok tu, lambat sangat kan nak ambil gambar dia nak gelongsor sendiri. Kelam kabut masing-masing.


Tunggu si Qasrina la merajuk tak nak bergambar. Puas pujuk baru nak datang. Adalah yang tak kena tu.


Nur Qasrina, Nur Qadirah, Muhammad Darwisy, Haffiya Al-Syahirah dan Nur Qadisah. Nampak tak siapa yang paling gedik dalam gambar ni? Yes, the answer is my MD. Gedik sungguh aihhh. Settle kisah di Water Theme Park proceed ke pantai Morib sebab mak nak ambil angin tepi pantai sambil makan cendol ke rojak ke tapi tak kesampaian sebabnya cuaca panas dan budak-budak semuanya dah lena. Kesian pulak nak kejut. So tapau makanan sikit bawak balik homestay. Lagi pun makanan kat homestay banyak lagi nanti membazir pulak. Rehat-rehat dulu petang tu baru kami keluar makan malam sekali celebrate birthday mak. 

Oh lupa nak bagi review sikit pasal Gold Coast Morib Water Theme Park ni, keseluruhannya bagi Iza agak tidak berpuas hati sebab? Aspek kebersihan pihak yang bertanggungjawab tak jaga. Pool kotor, tepi-tepi pool berlumut which is MD pun geli nak pijak especially pool budak-budak lah. Then toilet sangat lah menggelikan bila mana ada banyak panty liner dan pad di dalam toilet. Betul itu sepatutnya tanggungjawab pengungjung tapi at least cleaner kena lah selalu check kan. Sampai tersumbat siap air bertakung. So end up Iza salin baju di area sink je la sebab dah kembang tekak masa tu. Part entry fees mahal tu tak kisah sangat jika berpuas hati tapi bila kita rasa tak best so rasa pergi sekali pun dah okey dah tak de rasa nak datang lagi for the next time. So sorry for this bad review from me.


BIRTHDAY CELEBRATION @ PANTAI MORIB

Agenda seterusnya diteruskan dengan makan malam di sekitar Pantai Morib. Majoriti vote untuk makan ikan bakar berbanding western food. Iza pulak kalau ke sini memang tak kan lepaskan peluang makan sotong kering bakar tapi sayangnya gerai tu tak jual dah sebab stok sotong susah nak dapat katanya. 



Sebelum ke gerai makan jom ambil gambar dengan nenek dulu. Tak cukup korum cucu lagi dua orang masih dalam kereta masa ni.


MD ni kan kalau bergambar susahnya lah nak duduk diam dengan "behave" pose. Cheeky sangat aihh.


Kamarun & Zuraidah Clan. Syukur alhamdulillah. Walau dah 4 tahun awah ayah pergi tapi kami masih merasai kehadiran arwah bersama. Kalau arway ayah ada memang meriah lah celebrate sekali sebab birthday arwah ayah 14/11 awal beberapa hari dari birthday mak 17/11.


Moga keluarga ini sentiasa dirahmati Allah dan dilimpahkan kasih sayang yang berpanjangan hendaknya. Amin ya rabbal alamin.


Sebelum sampai kedai makan layan budak-budak ni nak belon. Mulanya ingat free tapi kena bayar satu belon RM1.00. MD tu takut sebenarnya dengan clown.


Sesi potong kek hari lahir untuk mak tersayang. Minta brother yang main busker kat sekitar tu nyanyikan lagi ulang tahun untuk mak sekali.


4 siblings from 5. Adik Iza yang sorang tu kembar, tapi meninggal masa lahir. Tinggal lah kami 4 orang. Nampak tak siapa paling tak cukup "zat" dan ketinggian? Hahaha.


Selamat hari ulang tahun kelahiran buat mak yang ke 55 tahun. Semoga diberi kesihatan tubuh badan dan mental yang berpanjangan. Diberi kesudahan umur yang baik dan diberi kebahagiaan di dunia juga akhirat hendaknya. Amin.


Comel je kek ni. Sedap! 





Selesai makan budak-budak ni tak sabar nak main giant bubble. Layankan ajela. MD tu lead dia yang paling tak menyabar, orang tengah makan dia dok repeat "Awisy nak belon"


Feeya belum pandai jalan lagi. Esok dah pandai memang sakan lah main sekali kakak-kakak dan abang ye.


Feeya gigi rabbit. :)



Family portrait yang tak berapa nak jadi sebab gambar penuh bayang dan over lighting. Kami tiga beranak balik terus ke rumah Salak Tinggi sebab esok ada event jadinya banyak barang-barang kena prepare. So berpisah sampai di sini saja, mak dan adik beradik yang lain balik ke homestay semula. Alhamdulillah walau singkat masa tetapi family bonding dan quality time itu amat penting. Next time kita plan repeat tempat lain pulak. Sekian.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails